Ada banyak syarikat dan bank menjual emas di Malaysia, malah harganya pula tidak seragam. Jadi, panduan ini khas untuk melihat harga emas hari ini di website Public Gold.

Langkah pertama, di browser anda taipkan www.publicgold.com.my. Jika dilihat di page mula, anda akan lihat beberapa paparan harga emas. Di sini saya akan bantu anda untuk memahami harga² yang tertera di website Public Gold.

srcset=https://www.padawanemas.my/wp-content/uploads/2020/09/harga-emas-hari-ini.jpg

Gold Accumulation Program (GAP)

harga

Ini merupakan paparan harga emas Gold Accumulation Program (GAP), yakni akaun emas fizikal. Harganya dikemaskini setiap 24 jam, atau sekiranya berlaku berubahan drastik harga emas dalam hari itu, harganya akan terus dikemaskini berkadaran.

Kita boleh guna harga ini sebagai panduan, bila mahu tambah belian emas ke dalam akaun GAP.

Gold Bar (24K)

srcset=https://www.padawanemas.my/wp-content/uploads/2020/09/gold-bar-24k.jpg

Ini merupakan paparan harga gold bar (jongkong) emas. Harganya dikemaskini setiap 20 minit. Kita boleh semak harga di sini, jika mahu membuat belian emas secara online, atau outright purchase

Ada 2 jenis gold bar yang boleh dibeli iaitu versi LBMA dan juga castbar contohnya seperti di bawah:

  • data-id=4165
    10g LBMA
  • data-id=4166
    20g LBMA
  • data-id=4167
    50g LBMA
  • data-id=4168
    100g LBMA
  • data-id=4169
    cast bar 100g
  • data-id=4170
    cast bar 250g
  • data-id=4171
    cast bar 1000g

Gold Wafer – Dinar (24K)

srcset=https://www.padawanemas.my/wp-content/uploads/2020/09/harga-dinar-1.jpg

Ini pula harga paparan emas bentuk syiling Dinar. Harganya dikemaskini setiap 20 minit. Kita boleh semak harga di sini, jika mahu membuat belian emas secara online, atau outright purchase.

Buat masa ini, terdapat 2 versi Dinar Emas, iaitu versi LBMA dan juga versi tempatan;

  • data-id=4181
    Dinar Emas LBMA Tahun 2020
  • data-id=4182
    Dinar Emas LBMA Tahun pra 2020
srcset=https://www.padawanemas.my/wp-content/uploads/2020/09/dinar-local-2020-2-1-1024x576.jpg
Dinar Emas Tempatan Tahun 2020

Small Bar / Wafer (24K)

srcset=https://www.padawanemas.my/wp-content/uploads/2020/10/small-bar-wafer.jpg

Di sini tersenarai harga retail bagi gold bar dan dinar yang turut dijual di pasaran terbuka. Ini merupakan “harga siling” yang direkomen oleh Public Gold khusus bagi penjual/dealer/ejen emas atau bukan dealer yang lebih gemar menjual secara COD/online.

Suka saya ingatkan di sini, harga tertera adalah rekomendasi sahaja, ada penjual/dealer/ejen yang jual lebih murah, malah ada yang lebih mahal. Tiada undang² atau peruntukan khas kerajaan dalam menyelaraskan harga emas di pasaran negara.

Jika mahu membeli terus dari Public Gold secara outright purchase contohnya, harga produk adalah seperti yang tertera. Ia hanya akan diselaraskan bila berlaku perubahan mendadak harga pasaran spot emas

Contoh gold bar dan dinar kecil seperti di bawah;

  • data-id=4214
    emas 0.5g “Thank You”
  • data-id=4196
    emas 1g “batik sogan”
  • data-id=4197
    1/2 dinar
  • data-id=4213
    5g LBMA Classic

Classic/Bunga Mas/Tai Fook

srcset=https://www.padawanemas.my/wp-content/uploads/2020/10/bungamas-taifook.jpg

Harga emas terpapar di sini sebenarnya sama sahaja bagi item Gold Bar (24K). Classic, Bunga Mas dan Tai Fook adalah tempaan emas keluaran tempatan dari Public Gold.

Contoh seperti di bawah;

  • data-id=4217
    PG Classic
  • data-id=4218
    Bunga Mas
  • data-id=4219
    Tai Fook

Flexibar

srcset=https://www.padawanemas.my/wp-content/uploads/2020/10/flexibar.jpg

Emas ini unik, kerana ia terdiri dari sekeping gold bar 50g yang boleh dipatah-patahkan kepada kepingan 1g.

Flexibar seperti di bawah:

  • data-id=4244
  • data-id=4245

Gold Wafer – Dinar (22K)

srcset=https://www.padawanemas.my/wp-content/uploads/2020/10/dinar-22k.jpg

Ini adalah dinar keluaran tempatan dari Public Gold. Ia sudah diberhentikan pengeluaran (setakat artikel ditulis). Harga dipaparkan adalah sebagai rujukan sekiranya ada penjual/pembeli yang mahu berurus niaga.

Contoh dinar 22K adalah seperti di bawah:

  • data-id=4248
  • data-id=4249

Gold Jewellery (22K)

srcset=https://www.padawanemas.my/wp-content/uploads/2020/10/gold-jewellery.jpg

Ini merupakan harga paparan bagi barang kemas 22K yang dulu dijual oleh Public Gold. Kini, untuk berjual beli barang kemas, boleh terus secara online di PG Jewel. Harga dikemaskini setiap hari, beserta pos serta insuran.

Harga yang terpapar di sini ialah PG Buy, adalah sebagai rujukan sekiranya kita mahu menjual barang kemas lama kepada Public Gold.

Write us

Find us at the office

Blotner- Kwas street no. 55, 39246 Canberra, Australia

Give us a ring

Dymon Rothfuss
+78 715 483 676
Mon - Fri, 10:00-22:00

Write us